Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre



Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia, memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah (Feqh Perbandingan Mazhab) (Kelas Pertama) juga di Mesir. Pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad daripada para ulamak di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir. Beliau telah berkahwin dan dianugerahkan lima orang cahaya mata.

Pengalaman
Beliau berpengalaman luas berdakwah, membentangkan kertas kerja, mengendalikan bengkel, latihan dan kursus motivasi, serta mengajar secara formal dan tidak formal selama 20 tahun di TV dan radio serta pelbagai tempat di Malaysia, Singapura, United Kingdom, Republik Ireland, USA, Republic Czech, Poland, Australia, Jepun, India, Arab Saudi, UAE, Jordan, Turki dan kepada para mahasiswa Nusantara di Universiti Al-Azhar.

Kreativiti beliau dalam berdakwah terserlah, khususnya melalui program- program “Street Dakwah” di seluruh negara, nada dering telefon berbentuk tazkirah (Pertama di Dunia), ‘QnA Instavideo”, dan sebagainya. Laman Facebook dan Instagram beliau juga dikunjungi ramai dan diikuti hampir 400,000 orang pengguna.

Kini beliau adalah Ikon Dakwah YADIM, Ahli Lembaga Pengarah Nur el-Hikmah Group, Lumiere Films, Madini Travel & Tours dan Nurflix TV.

Pernah berkhidmat sebagai Konsultan Syariah kepada syarikat telekomunikasi pertama berasaskan Syariah di Malaysia, Salamfone serta Panel Syariah kepada Mantop Consultancy and Training dan pelbagai syarikat lain.

Teruskan Berhubung

F
Facebook
Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
I
INSTAGRAM
@syedkadir
T
TWITTER
@syedkadir
Y
YOUTUBE
Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
E
Email
syedkadir@gmail.com

KARYA

1. Buku-Buku
Buku-buku yang ditulis bersama Nur El-Hikmah
2. Album DOA (Bersama UNIC)
Sebuah Album Doa yang diterbitkan bersama UNIC
2. Album ZIKIR MUNAJAT (Bersama UNIC)
Sebuah Album Zikir yang diterbitkan bersama UNIC
3. Modul Syoknya Solat
Langgan Modul Lengkap Syoknya Solat
4. Anda Tanya Ustaz Syed Jawab
Koleksi video soal jawab agama daripada masyarakat
TOP